Saturday, June 16, 2012

Alhamdulilah


Entry kali agak sukar untuk digambarkan perasaan.. Ada suka ada duka.. Gembira sbb result naik sikit berbanding kejatuhan teruk semester lepas, sedih apabila melihat ada 1 subjek yg aku terdetik di hati masa mula2 lihat "Aku silap jawab exam ke assignment yg buat jd drop ni?" 
Ya Allah, terus aku terasa khilaf dgn diri sendiri seakan2 menolak takdir & tidak bersyukur dgn apa yg diperolehi... Apa yg aku perolehi sekarang dah cukup baik bagi mengubat luka yg hampir 8 bulan mengigit rasa.. Sukar nak lupa tapi perlu lupakan kerana hidup takkan berhenti... Lagipun terjatuh kita perlu cepat2 bangun & tersedar dari dibuai mimpi yg tak sudah! Tapi sehingga sekarang aku tak beritahu lagi kat parents aku akan keputusan aku ini... Entahlah tak tahu nak beritahu apa... terfikir sekali lagi dibenak minda aku ini, ada 1 semester lagi.. Sempat tak aku nak capai CGPA yg aku target?? 
Ya Allah, sesungguhnya aku hamba-MU yg tidak berdaya memohon kepada-MU semoga semester terakhir ini aku diberi peluang untuk mencapai target aku ini... Memang aku dah berazam dalam hati semester 8 ni tak ada lagi main2, bual2 kosong... Semuanya fokus... 1 semester aje lagi... Mampu atau tidak aku perlu berusaha dgn lebih gigih lagi. Allah Maha Pengasih, DIA sentiasa membantu hamba2-NYA... Tapi lepas solat dhuha terfikir juga aku, mungkin apa yg berlaku adalah khilaf aku sendiri. Mungkin masa buat assignment aku tak buat bersungguh2 & sepenuh hati, mungkin juga semasa exam aku confident lebih (keluar awal hihi).... Khilaf aku....


Sekarang masa untuk berfikiran positif, Allah sentiasa ada dgn aku... DIA Maha Mengetahui segala2nya...

Mak Ayah, Angah JANJI semester akhir ni Angah akan all out biarlah owg nak kata apa pun... Angah akan pastikan target CGPA Angah tercapai...Insya Allah, dgn izin dari-NYA...

Jadi kepada Encik2 Puan, Cik2 MASALAH, sila jgn dtg menghimpit sy semester 8 ini...=p

Terima Kasih ALLAH....

*Bersyukur atas segala2nya*

No comments: