Thursday, December 6, 2012

Istanbul Aku Datang

Rasanya semua orang dah tengok filem ni nak2 selepas keluar astro first sebab secara automatik akan keluar di youtube & laman sesawang yang lain.. hehehe

Bukan nak tunjuk link cerita tu untuk di downloadkan tetapi sekadar berkongsi rasa =D

Filem ni mempunyai cinematography yang cantik, warna baju dengan background yang semua nampak comel2 sahaja ditambah lagi pelakon Lisa Surihani yang cantik hahaha

Tapi filem ini tidak sesuai untuk budaya kita sebagai orang Islam di negara Islam kecualilah orang beragaman lain dan di negara yg minoriti Islamnya. Tapi ini bagi pandangan akulah, selebihnya sila tengok sendiri =P

Cuma tadi masa duk usha2 fb ternampak yg ni & aku memang perasankannya.. Macam orang yang buat filem ni tak alert pada sensitif pandangan & pendapat orang yg 'ALERT' apabila menontonnya..

********************************************

Dialog terbest dalam "Istanbul Aku Datang", ada satu je.

Scene Azad (Tomok) dan Dian (Lisa) kuar date 1st time di Istanbul. Al-kisahlah Dian betulkan make-up dia, touch-up mana patut. Lepas tu Azad pun datanglah. Dian pun apa lagi, terus peluk Azad di public. Lalu keluarlah dialog yang berbunyik:

Azad: "B..janganlah peluk depan-depan orang macam ni. Tak elok orang tengok.."


Dian: "Hah? U peluk I kat KL ok je?"

Azad: "Tu lain..kita kan kat negara orang..negara Islam pulak tu..hormatlah sikit.."

Dian pun wat muka blur. Cuba memahami maksud tersurat dan tersirat. Mungkin tengah fikir, "Malaysia bukan ke negara Islam gak?" 

---------------------------------------
p/s: Korang kalau pergi belajar luar negara jangan duk laki pompuan lak dalam satu rumah. Darurat tak darurat sangatlah. Mak bapak memang tak tahu, Tuhan tahu. ehee

via Syabab Musafir Kasih


Terima kasih kepada beliau kerana secara tidak langsung buat mata aku 'CELIK' memerhatikan & telinga aku "DENGAR' sebaiknya =)

Jadi tepuk dada tanyalah iman...
Melihat disamping menegur... 
Tidak melalui tangan, dengan mulut jika tiada upaya tegurlah dalam hati  ^___^



Lols,

#TerimaKasihALLAH


No comments: